AMPANG: Pendaki wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Tabur pada Ahad ditemui dalam keadaan selamat.
Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa, S Sangeta, 26, ditemui jam 11 pagi, Selasa selepas dua hari dilaporkan hilang.
Menurutnya, mangsa ditemui dalam kawasan gaung pada kedalaman 30 meter selepas terjatuh dari puncak bukit.
"Mangsa ditemui dalam keadaan sedar namun mengalami kecederaan akibat terjatuh dalam kawasan gaung.
"Anggota dalam usaha membawa mangsa naik ke tempat selamat," katanya pada Selasa.
Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan seorang wanita dikhuatiri sesat ketika mendaki bersendirian di Bukit Tabur pada Ahad.
Mangsa dikatakan naik ke Bukit Tabur dari Tabur East jam 7 pagi sebelum menghubungi adiknya memaklumkan telah tersesat di suatu kawasan di Bukit Tabur empat jam kemudian.
Norazam berkata, seramai 55 orang pegawai terdiri dari pasukan Multi Skill Team (MUST) JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Hutan dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) dibantu dua anjing pengesan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu.
Beliau turut menasihatkan pendaki agar melaporkan aktiviti pendakian kepada pihak berkuasa bagi mengelak insiden sama berulang.
"Penggemar aktiviti riadah ini juga tidak digalakkan masuk ke kawasan hutan secara berseorangan," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 31 2023
Mangsa dibantu pasukan penyelamat untuk dibawa turun. - JBPM/Sinar Harian
Syarikat penerbangan Malaysia digesa teroka laluan baharu di China - Duta Besar
Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad berkata, bandar sekunder di negara itu mempunyai pasaran yang besar kerana jumlah populasinya.
AWANI Ringkas: Kerajaan tidak mansuhkan subsidi diesel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Korea Selatan sahkan tiada bahan berbahaya dalam belon sampah dari Korea Utara
Korea Selatan mengesahkan tiada bahan berbahaya yang dihantar bersama belon sampah yang mengandungi pelbagai bahan buangan termasuk najis binatang sejak Selasa lepas.
[TERKINI] Kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos pemeriksaan di KLIA
Mereka yang bertugas di JKDM KLIA, didakwa memperoleh untuk diri sendiri, suapan mengikut jumlah berkenaan, daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Dua pendaki tersesat di Bukit Janda Mandi
Hasrat dua pekerja syarikat minyak dan gas untuk beriadah dengan mendaki Bukit Janda Mandi bertukar mimpi ngeri apabila tersesat.
Pendaki wanita sesat di Bukit Tabur ditemukan selamat selepas dua hari hilang
Pendaki wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Tabur pada Ahad ditemui dalam keadaan selamat.
Pendaki warga Singapura ditemukan selamat
Lelaki warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika mendaki bersama rakannya di Hutan Simpan Panti Timur, Kota Tinggi, semalam, ditemukan selamat petang tadi.
Jabatan Perhutanan Johor siasat kes pendaki sesat di Gunung Banang Sabtu lepas
Pendaki yang sesat di Gunung Banang dua hari lepas didapati tidak memohon Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal sepertimana yang telah disyaratkan, kata Jabatan Perhutanan Johor.
14 pendaki sesat di dalam Gua Kelam Tiga sejak Isnin
Empat belas pendaki dari dua buah kelab rekreasi tempatan terperangkap lebih 20 jam di Gua Kelam Tiga di sini sejak petang semalam.
Enam pendaki sesat di Gunung Tampin ditemukan selamat
Bomba yang menerima laporan mengenai kesemua mangsa sesat pada 5.12 petang Sabtu, dan tiba di lokasi pada 5.41 petang.
Rangkuman 5 Berita Utama: 23 Februari
Berikut adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini (23 Februari 2017).
Pasang 'sawar' sebagai langkah keselamatan pendaki di Gunung Irau
Tindakan penambahbaikan susulan kes kehilangan seorang pendaki wanita, Norfatin Sulaiman, 29, yang sesat ketika menuruni trek di gunung berkenaan pada Sabtu lalu.
Hanya berbekal coklat, pendaki sesat bertahan di hutan Gunung Irau
Pendaki wanita, Norfatin Sulaiman, 29, yang dilapor sesat di Gunung Irau, Cameron Highlands pada Sabtu hanya bertahan dengan berbekalkan coklat.
Pendaki sesat di Gunung Irau ditemui selamat
Pasukan SAR kini membawa turun mangsa yang dipercayai tersasar kira-kira 1km daripada trek asal.